6 Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat.
7 Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’
8 Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran!
9 Janganlah bawa wang emas, perak, ataupun tembaga.
10 Janganlah bawa beg sedekah, atau baju ganti, atau kasut, atau tongkat dalam perjalanan kamu. Seorang pekerja layak menerima apa yang diperlukannya.
11 Apabila kamu tiba di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambut kamu. Tinggallah dengan dia sehingga kamu meninggalkan tempat itu.
12 Apabila kamu masuk ke rumah orang, berikanlah salam.