9 Lalu Yesus berkata, “Jika kamu bertelinga, dengarlah!”
10 Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan bertanya kepada-Nya, “Mengapa Guru menggunakan perumpamaan ketika berkata-kata kepada orang ramai?”
11 Yesus menjawab, “Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah, sedangkan mereka tidak.
12 Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lebih banyak lagi, supaya dia beroleh lebih daripada cukup. Tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga.
13 Itulah sebabnya Aku menggunakan perumpamaan ketika berkata-kata kepada orang ramai, kerana mereka melihat tetapi tidak nampak dan mereka mendengar tetapi tidak mengerti.
14 Dengan perbuatan mereka itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya,‘Allah berfirman:Mereka akan mendengar dan mendengar,tetapi tidak faham;mereka akan melihat dan melihat,tetapi tidak nampak,
15 kerana seolah-olah fikiran mereka tumpul;telinga pekak, dan mata buta.Jika mereka tidak demikian,tentu mata mereka akan melihat,telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti,sehingga mereka kembali kepada-Ku,dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’