4 Allah berfirman, ‘Hormatilah ibu bapamu,’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati.’
5 Tetapi kamu mengajarkan: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang seharusnya saya gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya persembahkan kepada Allah,’
6 maka orang itu tidak perlu menghormati bapanya. Demikianlah kamu meniadakan firman Allah untuk menurut ajaran kamu sendiri.
7 Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya tatkala dia bernubuat tentang kamu!
8 Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata,tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku.
9 Sia-sialah mereka menyembah Aku,kerana peraturan manusia diajarkan oleh merekaseolah-olah peraturan itu hukum Allah!’ ”
10 Kemudian Yesus memanggil orang ramai dan berkata kepada mereka, “Dengarlah dan fahamilah!