6 maka orang itu tidak perlu menghormati bapanya. Demikianlah kamu meniadakan firman Allah untuk menurut ajaran kamu sendiri.
7 Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya tatkala dia bernubuat tentang kamu!
8 Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata,tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku.
9 Sia-sialah mereka menyembah Aku,kerana peraturan manusia diajarkan oleh merekaseolah-olah peraturan itu hukum Allah!’ ”
10 Kemudian Yesus memanggil orang ramai dan berkata kepada mereka, “Dengarlah dan fahamilah!
11 Apa yang masuk ke dalam mulut seseorang tidak dapat menajiskan dia. Tetapi apa yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan dia.”
12 Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Guru, tahukah Guru bahawa orang Farisi tersinggung oleh kata-kata Guru?”