6 Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar suara itu, mereka sangat ketakutan dan meniarap di tanah.
7 Tetapi Yesus datang dan menyentuh mereka. “Bangunlah,” kata-Nya, “janganlah takut!”
8 Apabila mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun, kecuali Yesus.
9 Semasa mereka turun dari gunung itu, Yesus memerintah mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu lihat, selagi Anak Manusia belum dibangkitkan daripada kematian.”
10 Pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus, “Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?”
11 Yesus menjawab, “Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya.
12 Tetapi Aku berkata kepada kamu, Elia sudah datang namun orang tidak mengenal dia; mereka memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Dengan cara yang sama mereka akan memperlakukan Anak Manusia.”