17 Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh Nabi Yeremia,
18 “Di Rama terdengar suara tangisan dan rintihan,ratapan, dan tangisan penderitaan.Rahel meratapi anak-anaknya,dia tidak mahu dihiburkan,kerana anak-anaknya telah tiada.”
19 Setelah Raja Herodes mangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi Yusuf. Pada masa itu Yusuf masih di Mesir.
20 Malaikat itu berkata, “Bangunlah dan bawalah Anak itu dengan ibu-Nya kembali ke negeri Israel, kerana orang yang cuba membunuh Anak itu sudah meninggal.”
21 Yusuf pun bangun, lalu membawa anak itu dan Maria kembali ke negeri Israel.
22 Tetapi apabila Yusuf mendengar bahawa Arkelaus, putera Herodes, sudah menggantikan bapanya sebagai raja negeri Yudea, Yusuf takut pergi ke sana. Yusuf menerima arahan selanjutnya dalam mimpi, lalu dia pergi ke wilayah Galilea.
23 Dia tinggal di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh nabi-nabi tentang anak itu, “Dia akan disebut Orang Nasaret.”