33 Apabila orang ramai mendengar penjelasan Yesus, mereka hairan mendengar ajaran-Nya.
34 Apabila orang Farisi mendengar bahawa Yesus telah menyebabkan orang Saduki tidak dapat berkata sepatah pun, mereka datang berkumpul.
35 Lalu seorang guru Taurat antara mereka, cuba memerangkap Yesus dengan sebuah pertanyaan.
36 Dia bertanya, “Guru, perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?”
37 Yesus menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.’
38 Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!
39 Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.