1 Lalu Yesus berkata kepada orang ramai dan kepada pengikut-pengikut-Nya,
2 “Guru Taurat dan orang Farisi diberikan kuasa untuk mentafsirkan Taurat Musa.
3 Oleh itu taatilah dan turutilah segala yang diperintahkan mereka. Tetapi jangan lakukan apa yang dilakukan mereka, kerana perbuatan mereka tidak sesuai dengan ajaran mereka.
4 Mereka meletakkan beban yang berat dan susah dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong orang memikul beban itu.