41 Dua orang wanita sedang menggiling gandum: Seorang akan dibawa pergi dan seorang lagi akan ditinggalkan.
42 Berjaga-jagalah kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhan kamu akan datang.
43 Ingatlah hal ini! Jika tuan rumah mengetahui waktunya pencuri hendak datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membenarkan pencuri memasuki rumahnya.
44 Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”
45 “Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan.
46 Alangkah bahagianya hamba itu, jika dia didapati menjalankan tugas pada masa tuannya kembali.
47 Percayalah, tuan itu akan mempercayakan segala hartanya kepada hamba itu.