8 Semuanya ini hanya permulaan sahaja, sama seperti sakit yang dialami oleh wanita yang akan bersalin.
9 Kemudian kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Semua orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku.
10 Pada masa itu banyak antara pengikut-Ku yang tidak lagi percaya kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan saling membenci.
11 Lalu banyak nabi palsu akan muncul dan menipu banyak orang.
12 Kejahatan semakin merebak sehingga kasih kebanyakan orang hampir lenyap.
13 Tetapi sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.
14 Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya. Setelah itu barulah tiba akhir zaman.”