2 “Bertaubatlah daripada dosa kamu,” katanya, “kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!”
3 Yohaneslah orang yang dimaksudkan oleh Nabi Yesaya ketika dia berkata,“Seorang berseru di padang gurun,‘Sediakanlah jalan bagi Tuhan;luruskanlah jalan bagi-Nya.’ ”
4 Pakaian Yohanes dibuat daripada bulu unta, dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu hutan.
5 Orang dari Yerusalem, seluruh negeri Yudea, dan seluruh kawasan di sekitar Sungai Yordan datang kepada Yohanes.
6 Mereka mengaku dosa, lalu Yohanes membaptis mereka di Sungai Yordan.
7 Banyak orang Farisi dan Saduki datang kepadanya untuk dibaptis. Apabila Yohanes melihat mereka, dia berkata “Hai kamu orang jahat! Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang?
8 Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa.