16 Bangsa yang hidup dalam kegelapanakan nampak cahaya yang gemilang!Bagi mereka yang hidup di negeri yang dibayangi maut,cahaya itu akan bersinar!”
17 Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, “Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!”
18 Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan: Simon (yang juga disebut Petrus) dengan adiknya, Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik.
19 Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku. Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.”
20 Dengan segera adik-beradik itu meninggalkan jala mereka lalu mengikut Yesus.
21 Yesus meneruskan perjalanan, lalu nampak dua orang adik-beradik yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Mereka di dalam perahu bersama-sama bapa mereka, dan sedang mengemaskan jala. Yesus memanggil mereka.
22 Dengan segera mereka meninggalkan perahu dan bapa mereka, lalu mengikut Yesus.