9 Lalu Iblis berkata kepada Yesus, “Semua ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.”
10 Yesus menjawab, “Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ ”
11 Kemudian Iblis meninggalkan Yesus, dan malaikat-malaikat pun datang menolong Dia.
12 Ketika Yesus mendengar bahawa Yohanes dipenjarakan, Dia pun pergi ke Galilea.
13 Dia tidak menetap di Nasaret, tetapi tinggal di Kapernaum, sebuah kota di tepi Tasik Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali.
14 Hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya,
15 “Tanah Zebulon dan tanah Naftali,yang menghala ke tasik,di seberang Sungai Yordan,Galilea, negeri orang bukan Yahudi!