1 Apabila Yesus melihat orang ramai itu, Dia naik ke bukit lalu duduk. Pengikut-pengikut-Nya berkumpul di sekeliling-Nya,
2 lalu Dia mula mengajar mereka:
3 “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah,merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
4 Berbahagialah orang yang bersedih hati,Allah akan menghiburkan mereka!
5 Berbahagialah orang yang rendah hati,mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah!