6 Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah,Allah akan memuaskan mereka!
7 Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain,Allah juga akan mengasihani mereka!
8 Berbahagialah orang yang murni hati,mereka akan mengenal Allah!
9 Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia,Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!
10 Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah,merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
11 Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku.
12 Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.”