16 Tetapi tidak semua orang menyambut Berita Baik itu. Nabi Yesaya berkata, “Ya Tuhan, siapakah yang percaya akan perkhabaran kami?”
17 Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus.
18 Tetapi aku bertanya: Betulkah mereka belum mendengar perkhabaran itu? Tentu mereka sudah mendengarnya, kerana di dalam Alkitab tertulis,“Suara mereka terdengar di seluruh dunia;dan kata-kata mereka sampai ke hujung bumi.”
19 Aku bertanya pula: Tidakkah orang Israel memahaminya? Musa ialah orang pertama yang menjawab soalan itu. Dia berkata, “Allah berfirman,‘Aku akan menjadikan kamu iri hati terhadap mereka yang bukan bangsa;Aku akan menjadikan kamu marah terhadap bangsa yang bodoh.’ ”
20 Yesaya lebih berani lagi ketika dia berkata, “Allah berfirman,‘Aku dijumpai oleh mereka yang tidak mencari Aku,Aku menampakkan diri kepada mereka yang tidak bertanya tentang Aku.’ ”
21 Tetapi tentang orang Israel Yesaya berkata, “Allah berfirman, ‘Sepanjang hari Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang tidak taat kepada-Ku dan yang melawan Aku.’ ”