32 Hal itu demikian, kerana Allah sudah membiarkan umat manusia menjadi seperti orang tahanan, kerana mereka tidak mentaati Dia. Allah berbuat demikian supaya Dia dapat menunjukkan belas kasihan-Nya kepada mereka semua.
33 Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?
34 Di dalam Alkitab tertulis,“Siapakah yang dapat mengetahui fikiran Tuhan?Siapakah yang dapat memberikan nasihat kepada-Nya?
35 Siapakah yang pernah memberikan sesuatu kepada Tuhan,sehingga Dia harus memberikan balasan?”
36 Segala sesuatu diciptakan oleh Allah, dan segala sesuatu berasal daripada Dia, dan untuk Dia. Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin.