7 Tidak seorang pun di kalangan kita yang hidup atau mati bagi dirinya sendiri.
8 Jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan. Jika kita mati, kita pun mati untuk Tuhan. Sama ada kita hidup atau mati, kita milik Tuhan.
9 Kristus mati dan hidup semula supaya Dia menjadi Tuhan kepada orang hidup dan orang mati juga.
10 Oleh itu, mengapa kamu menyalahkan saudara kamu? Mengapa kamu yang lain menghina saudara kamu? Kita semua akan menghadap Allah untuk diadili.
11 Di dalam Alkitab tertulis,“Sesungguhnya,” firman Tuhan,“tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku,dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah.”
12 Oleh itu, kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kepada Allah.
13 Oleh itu janganlah kita salahkan satu sama lain. Sebaliknya kamu harus mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa yang menyebabkan saudara kamu tergoda dan berdosa.