11 Ada tertulis begini pula,“Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi;pujilah Dia, hai semua orang!”
12 Nabi Yesaya juga berkata,“Seorang daripada keturunan Isai akan datang;Dia akan memerintah orang bukan Yahudi,dan mereka akan berharap kepada-Nya.”
13 Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.
14 Saudara-saudaraku! Aku yakin bahawa kamu sangat baik, dan kamu mengetahui segala sesuatu yang patut kamu lakukan. Kamu juga dapat saling menasihati.
15 Tetapi dalam suratku ini aku menulis dengan terus terang untuk mengingatkan kamu tentang beberapa buah perkara. Aku menulis dengan tegas, kerana Allah sudah mengurniai aku tugas khas.
16 Aku dijadikan hamba Kristus Yesus untuk menolong orang bukan Yahudi. Aku melakukan tugas seorang imam sewaktu aku mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah, supaya orang bukan Yahudi menjadi sebagai suatu persembahan yang menyenangkan hati Allah, dan yang ditahbiskan kepada-Nya oleh Roh Allah.
17 Kerana aku bersatu dengan Kristus Yesus, aku berbangga dengan kerjaku untuk Allah.