6 Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.
7 Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah.
8 Ketahuilah bahawa Kristus menjadi hamba kepada orang Yahudi untuk menunjukkan bahawa Allah setia. Dia menepati semua janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang mereka.
9 Dia bahkan membolehkan orang bukan Yahudi memuliakan Allah kerana Allah mengasihani mereka. Di dalam Alkitab tertulis,“Oleh itu, apabila aku di kalangan orang bukan Yahudi,aku akan memuji Engkau,aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.”
10 Ada tertulis begini pula,“Bersukacitalah bersama-sama umat Allah, hai orang bukan Yahudi!”
11 Ada tertulis begini pula,“Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi;pujilah Dia, hai semua orang!”
12 Nabi Yesaya juga berkata,“Seorang daripada keturunan Isai akan datang;Dia akan memerintah orang bukan Yahudi,dan mereka akan berharap kepada-Nya.”