1 Jika demikian, adakah keuntungannya menjadi orang Yahudi? Adakah faedahnya bersunat?
2 Tentu banyak faedahnya! Pada mulanya Allah mengamanahkan firman-Nya kepada orang Yahudi.
3 Tetapi bagaimana halnya jika sebahagian daripada orang Yahudi tidak setia? Adakah kerana hal itu Allah menjadi tidak setia?
4 Tentu tidak! Allah sentiasa benar, walaupun setiap orang berdusta. Sebagaimana yang tertulis di dalam Alkitab,“Apabila Engkau berfirman,setiap orang pasti tahu bahawa Engkau benar;apabila Engkau dituduh,Engkau sentiasa menang.”
5 Tetapi jika kejahatan kita menjadikan keadilan Allah semakin nyata, apakah yang akan kita katakan? Adakah Allah tidak adil apabila Dia menghukum kita? (Di sini aku bercakap secara manusia.)
6 Sekali-kali tidak! Jika Allah tidak adil, bagaimanakah Dia dapat menghakimi dunia ini?