1 Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.
2 Yesus membolehkan kita mengalami rahmat Allah, kerana kita percaya kepada Yesus dan sekarang kita menghayati rahmat itu. Oleh itu, kita membanggakan harapan untuk beroleh bahagian dalam kemuliaan Allah.
3 Kita juga membanggakan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan.
4 Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan.