1 Jika demikian, apakah yang harus kita katakan? Haruskah kita terus-menerus berbuat dosa supaya rahmat Allah semakin bertambah?
2 Tentu tidak! Dosa tidak lagi berkuasa atas kita. Oleh itu bagaimanakah kita dapat terus-menerus melakukan dosa dalam hidup kita?
3 Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Kristus Yesus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya.
4 Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru.
5 Jika kita sudah dipersatukan dengan Kristus kerana kita ikut mati dengan Dia, maka kita akan dipersatukan dengan Dia juga kerana kita ikut dihidupkan semula seperti Dia.
6 Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi.
7 Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa.