3 Aku akan membunuh penguasa Moab dan semua pegawai kerajaan di sana.”
4 TUHAN berfirman, “Penduduk Yehuda sudah berkali-kali berdosa, kerana itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka melanggar perintah-Ku dan tidak mempedulikan ajaran-Ku. Mereka disesatkan oleh tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang mereka.
5 Oleh itu, Aku akan mengirim api ke negeri Yehuda dan membakar kubu-kubu Yerusalem.”
6 TUHAN berfirman, “Umat Israel sudah berkali-kali berdosa, kerana itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka menjual orang jujur sebagai abdi; orang jujur yang tidak dapat membayar hutang mereka. Demikian juga yang dilakukan mereka terhadap orang miskin yang tidak dapat membayar hutang, walaupun hutang itu hanya seharga sepasang selipar.
7 Mereka menginjak-injak orang lemah yang tidak berdaya dan menyingkirkan orang miskin. Bapa dan anak lelakinya meniduri abdi perempuan yang sama, sehingga mencemarkan nama-Ku yang suci.
8 Di setiap tempat ibadat, orang tidur dengan pakaian yang diambil daripada orang miskin sebagai jaminan hutang. Di Rumah Allah mereka, mereka minum wain yang diambil daripada orang yang berhutang kepada mereka.
9 Walaupun begitu, hai umat-Ku, bagi kamulah Aku membinasakan orang Amori yang setinggi pokok sedar dan sekuat pokok oak.