1 Dengarlah, hai umat Israel! Aku hendak menyanyikan lagu perkabungan untuk kamu:
2 Israel, anak dara itu sudah jatuh,dia tidak akan bangkit lagi!Dia dibiarkan terlantar di tanahnya sendiri,tiada sesiapa yang menolongnya berdiri.
3 TUHAN Raja berfirman, “Sebuah kota di Israel mengerahkan seribu orang askar, tetapi hanya seratus orang yang kembali. Kota yang lain mengerahkan seratus orang, tetapi hanya sepuluh orang yang kembali.”
4 TUHAN berfirman kepada umat Israel, “Kembalilah kepada-Ku, maka kamu akan hidup.
5 Jangan pergi ke Bersyeba untuk beribadat. Jangan cari Aku di Betel kerana Betel akan lenyap. Jangan pergi ke Gilgal, kerana penduduk kota itu akan dibuang negeri.”
6 Kembalilah kepada TUHAN, maka kamu akan hidup. Jika kamu tidak kembali kepada-Nya, Dia akan datang seperti api yang menyala-nyala kepada umat Israel. Api akan membakar penduduk Betel dan tiada seorang pun dapat memadamkan api itu.
7 Alangkah malangnya kamu yang memutarbalikkan keadilan dan merampas hak orang!