23 Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu; Aku tidak mahu mendengar permainan kecapi kamu.
24 Sebaliknya, berusahalah supaya keadilan mengalir seperti sungai, dan kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.
25 Hai umat Israel, pada masa Aku memimpin kamu melalui padang gurun selama empat puluh tahun, Aku tidak menuntut persembahan dan korban daripada kamu.
26 Tetapi sekarang kamu menyembah Sakut yang kamu anggap raja dan Kewan, bintang yang kamu dewa-dewakan itu. Oleh itu kamu sendiri harus mengangkut patung-patung itu,
27 apabila Aku membuang kamu ke suatu negeri yang lebih jauh dari Damsyik.” Demikianlah firman TUHAN yang bernama Allah Yang Maha Kuasa.