6 “Akulah TUHAN; Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub, tidak dibinasakan sama sekali.
7 Seperti nenek moyang kamu dahulu, kamu semua sudah menyimpang daripada hukum-Ku dan tidak setia melaksanakannya. Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Tetapi kamu bertanya, ‘Apakah yang harus kami lakukan untuk kembali kepada-Mu?’
8 Sekarang Aku bertanya kepada kamu, ‘Bolehkah manusia menipu Allah?’ Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, ‘Bagaimana?’ Aku menjawab, ‘Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.’
9 Kamu semua kena kutuk kerana segenap bangsa menipu Aku.
10 Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.
11 Aku tidak akan membiarkan serangga merosakkan tanaman kamu; pokok anggur kamu akan berbuah lebat.
12 Kemudian kamu akan dikatakan berbahagia oleh semua bangsa, kerana negeri kamu akan menjadi tempat kediaman yang baik.”