8 Sekarang Aku bertanya kepada kamu, ‘Bolehkah manusia menipu Allah?’ Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, ‘Bagaimana?’ Aku menjawab, ‘Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.’
9 Kamu semua kena kutuk kerana segenap bangsa menipu Aku.
10 Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.
11 Aku tidak akan membiarkan serangga merosakkan tanaman kamu; pokok anggur kamu akan berbuah lebat.
12 Kemudian kamu akan dikatakan berbahagia oleh semua bangsa, kerana negeri kamu akan menjadi tempat kediaman yang baik.”
13 TUHAN berfirman, “Kata-kata kamu sangat menghina Aku. Tetapi kamu bertanya, ‘Apakah yang kami katakan tentang Engkau?’
14 Kamu berkata, ‘Sia-sia saja mengabdikan diri kepada Allah. Apakah gunanya menurut perintah-Nya, atau menunjukkan bahawa kita menyesali kesalahan kita di hadapan TUHAN Yang Maha Kuasa?