1 Alangkah sunyinya Yerusalem, yang dahulu penuh dengan penduduk!Dahulu kota itu dihormati di seluruh dunia, tetapi sekarang seperti balu.Kota yang termulia di bumi telah dijadikan hamba.
2 Sepanjang malam dia menangis, air matanya bercucuran di pipi.Tidak seorang pun daripada kawannya mahu menghibur dia.Sekutunya telah mengkhianati dan memusuhi dia.
3 Penduduk Yehuda dijadikan hamba yang tidak berdaya,dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka.Mereka tinggal di kalangan bangsa-bangsa,tanpa tempat yang memberikan damai sentosa.Mereka dikepung musuh pada waktu mereka sengsara.
4 Kini tidak seorang pun datang ke Rumah TUHAN pada hari perayaan.Gadis-gadis yang menyanyi di sana menderita,dan para imam berkeluh-kesah.Pintu gerbang kota lengang, dan kota Sion diliputi kesedihan.
5 Musuh berjaya kerana dapat menguasai Yerusalem;TUHAN membuat dia menderita kerana sangat banyak dosanya.Penduduknya telah ditawan dan dibawa pergi oleh musuh.