14 Dia memerhati segala dosaku, lalu mengikatnya menjadi satu,dan mengalungkannya pada leherku, sehingga beratnya melemahkan aku.Tuhan menyerahkan aku kepada musuhku, dan aku tidak berdaya melawan mereka.
15 Tuhan mentertawakan pahlawan-pahlawanku;Dia mengirim tentera untuk membinasakan pemudaku.Dia memijak-mijak umatku sampai hancur, seperti orang memeras buah anggur.
16 Itulah sebabnya air mataku bercucuran.Tiada sesiapa pun dapat menghibur aku, ataupun menguatkan hatiku.Musuh telah mengalahkan aku; pendudukku telah kehilangan segala sesuatu.
17 Aku menghulurkan tangan, tetapi tiada sesiapa menolong aku.TUHAN mengirim musuh dari segala arah untuk memerangi aku.Mereka memperlakukan aku seperti najis.
18 Namun TUHAN adil kerana aku telah melanggar perintah-Nya.Dengarkan aku, hai semua bangsa, pandanglah aku yang kesakitan.Para pemuda dan pemudiku ditawan dan dibawa pergi.
19 Aku memanggil sekutuku, tetapi mereka tidak mahu menolong aku.Para imam dan pemimpin mati di jalan-jalan kota,ketika mencari makanan untuk terus hidup.
20 Ya TUHAN, lihatlah kesengsaraanku dan penderitaan batinku.Hatiku hancur kerana dosaku dahulu.Pembunuhan berlaku di jalan raya, bahkan di dalam rumah pun kematian berlaku.