19 Aku memanggil sekutuku, tetapi mereka tidak mahu menolong aku.Para imam dan pemimpin mati di jalan-jalan kota,ketika mencari makanan untuk terus hidup.
20 Ya TUHAN, lihatlah kesengsaraanku dan penderitaan batinku.Hatiku hancur kerana dosaku dahulu.Pembunuhan berlaku di jalan raya, bahkan di dalam rumah pun kematian berlaku.
21 Dengarlah rintihanku; tiada sesiapa pun yang menghibur aku.Musuhku bersukacita kerana Engkau telah mendatangkan bencana ini kepadaku.Datangkan hari yang Engkau janjikan itu, agar musuhku menderita seperti aku.
22 Salahkan mereka kerana segala kejahatan mereka.Hukumlah mereka sebagaimana Engkau menghukum aku kerana dosaku.Aku berkeluh-kesah kerana amat sedih hatiku.”