4 Kini tidak seorang pun datang ke Rumah TUHAN pada hari perayaan.Gadis-gadis yang menyanyi di sana menderita,dan para imam berkeluh-kesah.Pintu gerbang kota lengang, dan kota Sion diliputi kesedihan.
5 Musuh berjaya kerana dapat menguasai Yerusalem;TUHAN membuat dia menderita kerana sangat banyak dosanya.Penduduknya telah ditawan dan dibawa pergi oleh musuh.
6 Keindahan Yerusalem sudah lenyap.Kini para pemimpinnya seperti rusa yang lemah dan lapar;mereka kehabisan tenaga semasa dikejar pemburu.
7 Yerusalem teringat akan keagungannya pada masa silam;kini kota itu runtuh dan penuh kesengsaraan.Tiada sesiapa yang menolongnya ketika dia dikalahkan musuh;semua penakluk mentertawakan kejatuhannya.
8 Kehormatannya tiada lagi;dia bertelanjang dan dihina.Dia mengerang dan menyembunyikan muka kerana malu,Yerusalem telah menajiskan diri dengan dosa yang keji.
9 Kenajisannya nampak dengan nyata namun tidak dipedulikannya.Keruntuhannya sangat dahsyat, tiada sesiapa pun dapat menghiburkannya.Musuhnya menang dan dia menangis minta belas kasihan daripada TUHAN.
10 Musuhnya merampas segala kekayaannya.Dia nampak mereka masuk ke Rumah TUHAN,tempat larangan bagi orang yang bukan umat TUHAN.