6 Keindahan Yerusalem sudah lenyap.Kini para pemimpinnya seperti rusa yang lemah dan lapar;mereka kehabisan tenaga semasa dikejar pemburu.
7 Yerusalem teringat akan keagungannya pada masa silam;kini kota itu runtuh dan penuh kesengsaraan.Tiada sesiapa yang menolongnya ketika dia dikalahkan musuh;semua penakluk mentertawakan kejatuhannya.
8 Kehormatannya tiada lagi;dia bertelanjang dan dihina.Dia mengerang dan menyembunyikan muka kerana malu,Yerusalem telah menajiskan diri dengan dosa yang keji.
9 Kenajisannya nampak dengan nyata namun tidak dipedulikannya.Keruntuhannya sangat dahsyat, tiada sesiapa pun dapat menghiburkannya.Musuhnya menang dan dia menangis minta belas kasihan daripada TUHAN.
10 Musuhnya merampas segala kekayaannya.Dia nampak mereka masuk ke Rumah TUHAN,tempat larangan bagi orang yang bukan umat TUHAN.
11 Penduduk kota itu mengerang sementara mereka mencari makanan,mereka menukarkan harta benda dengan makanan,supaya mereka tetap hidup dan tidak mati.Kota Yerusalem berseru, “Pandanglah aku, ya TUHAN, dan lihatlah kesengsaraanku.”
12 “Pandanglah aku,” serunya kepada setiap orang yang lalu di situ.“Belum pernah sesiapa pun menderita seperti aku,penderitaan yang didatangkan oleh TUHAN kepadaku kerana kemurkaan-Nya.