1 Dalam keadaan murka, Tuhan telah menyelubungi Sion dengan kegelapan.Dia mengubah keagungan Israel yang setinggi langit menjadi runtuhan.Ketika Dia murka, Rumah-Nya pun ditinggalkan.
2 Tuhan memusnahkan semua kampung di Yehuda tanpa belas kasihan,Dia merobohkan kubu-kubu yang menjadi pertahanan negeri.Dia mempermalukan kerajaan serta para penguasanya.
3 Dengan murka Dia memusnahkan kekuatan Israel;Dia tidak mahu menolong kita ketika musuh datang.Kemurkaan-Nya terhadap kita menyala-nyala bagaikan api menghanguskan segala sesuatu.
4 Dia membidikkan panah ke arah kita seolah-olah kita ini musuh-Nya;Dia membunuh semua orang yang menjadi kesukaan dan kebanggaan kita.Di kota Yerusalem kita merasakan api kemurkaan-Nya.
5 Seperti musuh, Tuhan telah membinasakan Israel;Dia memusnahkan semua kubu dan istananya.Dia menambah kedukaan penduduk Yehuda.