13 Hai Yerusalem, kota Sion yang tercinta, apakah yang dapat kukatakan?Aku tidak dapat menghibur engkau. Belum pernah sesiapa pun menderita seperti engkau.Bencana sebesar samudera telah menimpamu;tiada lagi harapan bagi engkau.
14 Nabi-nabimu hanya tahu berdusta;mereka menipu engkau dengan tidak menyatakan dosamu.Mereka membuat engkau berfikir bahawa engkau tidak perlu bertaubat.
15 Semua orang yang lalu di kotamu menghina engkau.Mereka menggeleng-gelengkan kepala dan tertawa melihat runtuhan Yerusalem.“Inikah kota yang disebut paling indah dan menjadi kebanggaan dunia?” tanya mereka.
16 Semua musuhmu mengolok-olok engkau dan memandang engkau dengan benci.Mereka mencebikkan bibir sambil menista, “Kami sudah memusnahkan engkau!Inilah hari yang kami nanti-nantikan!”
17 Akhirnya TUHAN melakukan apa yang telah diancamkan-Nya;Dia membinasakan kita tanpa belas kasihan seperti yang diperingatkan-Nya kepada kita dahulu.Dia memberi musuh kita kemenangan, dan mereka bersukacita kerana kejatuhan kita.
18 Hai Yerusalem, biarlah tembokmu berseru kepada Tuhan!Biarlah air matamu bercucuran seperti sungai yang mengalir siang dan malam.Teruslah menangis dan berdukalah sehingga habis tenagamu.
19 Bangunlah berkali-kali sepanjang malam, dan berserulah kepada Tuhan;curahkanlah isi hatimu dan mohonlah belas kasihan untuk anak-anakmu,anak-anak yang sedang kelaparan di tiap-tiap simpang jalan.