2 Tuhan memusnahkan semua kampung di Yehuda tanpa belas kasihan,Dia merobohkan kubu-kubu yang menjadi pertahanan negeri.Dia mempermalukan kerajaan serta para penguasanya.
3 Dengan murka Dia memusnahkan kekuatan Israel;Dia tidak mahu menolong kita ketika musuh datang.Kemurkaan-Nya terhadap kita menyala-nyala bagaikan api menghanguskan segala sesuatu.
4 Dia membidikkan panah ke arah kita seolah-olah kita ini musuh-Nya;Dia membunuh semua orang yang menjadi kesukaan dan kebanggaan kita.Di kota Yerusalem kita merasakan api kemurkaan-Nya.
5 Seperti musuh, Tuhan telah membinasakan Israel;Dia memusnahkan semua kubu dan istananya.Dia menambah kedukaan penduduk Yehuda.
6 Dia menghancurkan Rumah TUHAN tempat kita menyembah Dia;Dia menghapuskan semua perayaan dan hari Sabat.Raja dan imam semuanya menderita akibat kemurkaan-Nya.
7 Tuhan menolak mazbah-Nya dan meninggalkan Rumah-Nya yang suci;Dia membiarkan musuh merobohkan temboknya.Musuh bersorak-sorak kerana menang di tempat kita beribadat dengan sukacita dahulu.
8 TUHAN telah mengambil keputusan untuk merobohkan tembok Sion;Dia mengukur tembok itu supaya semuanya dihancurkan-Nya.Menara dan tembok kini menjadi runtuhan belaka.