6 Dia menghancurkan Rumah TUHAN tempat kita menyembah Dia;Dia menghapuskan semua perayaan dan hari Sabat.Raja dan imam semuanya menderita akibat kemurkaan-Nya.
7 Tuhan menolak mazbah-Nya dan meninggalkan Rumah-Nya yang suci;Dia membiarkan musuh merobohkan temboknya.Musuh bersorak-sorak kerana menang di tempat kita beribadat dengan sukacita dahulu.
8 TUHAN telah mengambil keputusan untuk merobohkan tembok Sion;Dia mengukur tembok itu supaya semuanya dihancurkan-Nya.Menara dan tembok kini menjadi runtuhan belaka.
9 Pintu-pintu gerbang roboh ditimbun runtuhan, dan palang-palangnya patah.Raja dan para pemimpin kini di negeri pembuangan.Taurat tidak lagi diajarkan, dan para nabi tidak lagi menerima penglihatan daripada TUHAN.
10 Orang tua di Yerusalem duduk membisu di atas tanah,menaruh debu di kepala dan memakai kain guni.Gadis-gadis menundukkan kepala sampai ke tanah.
11 Mataku bengkak kerana menangis tanpa berhenti;jiwaku merana tidak terperi.Hatiku hancur melihat kebinasaan bangsaku, melihat kanak-kanak dan bayi pengsan di jalan kota.
12 Mereka berseru kepada ibu mereka kerana lapar dan dahaga;mereka jatuh di tengah jalan seolah-olah cedera,lalu meninggal di pangkuan ibu mereka.