49 Air mataku tidak akan berhenti bercucuran
50 sehingga TUHAN dari syurga, memandang dan memperhatikan kami.
51 Hatiku pilu apabila melihat hal yang berlaku kepada kaum wanita di kota kami.
52 Aku diperangkap seperti burung oleh musuh yang membenci aku tanpa alasan.
53 Mereka membuang aku hidup-hidup ke dalam lubang yang dalam,lalu menutup mulut lubang dengan batu.
54 Air naik sampai ke kepalaku,dan aku berfikir bahawa kematianku sudah hampir.
55 Ya TUHAN, dari dasar lubang yang dalam itu aku berseru kepada-Mu.