54 Air naik sampai ke kepalaku,dan aku berfikir bahawa kematianku sudah hampir.
55 Ya TUHAN, dari dasar lubang yang dalam itu aku berseru kepada-Mu.
56 Apabila aku memohon Engkau menolong aku,Engkau mendengarkan seruanku.
57 Engkau mengabulkan doaku,dan berfirman kepadaku, ‘Jangan takut.’
58 Engkau datang memperjuangkan perkaraku, ya Tuhan,dan Engkau menyelamatkan nyawaku.
59 Engkau melihat kejahatan yang dilakukan terhadapku;oleh itu belalah perkaraku.
60 Engkau tahu bahawa musuh membenci aku,dan mereka bermuslihat terhadapku.