57 Engkau mengabulkan doaku,dan berfirman kepadaku, ‘Jangan takut.’
58 Engkau datang memperjuangkan perkaraku, ya Tuhan,dan Engkau menyelamatkan nyawaku.
59 Engkau melihat kejahatan yang dilakukan terhadapku;oleh itu belalah perkaraku.
60 Engkau tahu bahawa musuh membenci aku,dan mereka bermuslihat terhadapku.
61 Engkau mendengar mereka menghina aku, ya TUHAN;Engkau tahu akan semua muslihat mereka.
62 Sepanjang hari mereka mempercakapkan aku,dan merancang untuk mencelakakan aku.
63 Dari pagi hingga petangmereka mengejek aku.