1 Emas yang berkilauan telah menjadi pudar;batu-batu Rumah TUHAN bertaburan di jalan.
2 Dahulu kaum pemuda kota Sion seperti emas yang berharga,tetapi sekarang mereka diperlakukan seperti belanga tembikar.
3 Serigala betina pun tahu menyusui anaknya,tetapi umat-Ku kejam seperti burung unta di padang gurun.
4 Mereka membiarkan bayi mereka mati kehausan dan kelaparan;anak-anak minta makanan, tetapi tiada sesiapa pun yang memberikan makanan.
5 Orang yang dahulu makan makanan terbaik, sekarang mati kelaparan di jalan;mereka yang dahulu hidup mewah, sekarang mengorek sampah mencari makanan.
6 Bangsaku telah dihukum lebih berat daripada penduduk Sodom,yang musnah dalam sekelip mata kerana dihukum oleh Allah.
7 Dahulu para pemimpin kami murni seperti salji yang putih bersih.Mereka tegap dan kuat,segar bugar dan sihat.