17 Mata kami penat memandang, menantikan bantuan yang tidak kunjung datang.Kami mengharapkan pertolongan daripada bangsa yang sebenarnya tidak dapat memberikan apa-apa.
18 Musuh selalu mengawasi kami, sehingga kami tidak dapat keluar ke jalan.Kematian kami sudah dekat, kerana hidup kami sudah berakhir.
19 Orang yang mengejar kami lebih pantas daripada burung helang.Mereka memburu kami di bukit-bukit, dan mengadang kami di padang gurun.
20 Mereka menangkap orang yang memberi kami hidup,iaitu raja pilihan TUHAN;orang yang kami percayai untuk melindungi kami daripada penyerbu.
21 Tertawalah, hai penduduk Edom dan Us, bergembiralah, selagi kamu dapat tertawa.Kamu pun akan ditimpa bencana, dan menelanjangi diri kerana kamu mabuk.
22 Sion telah menjalani hukuman kerana dosanya; kini TUHAN tidak akan membiarkan kami tinggal di tempat pembuangan lagi.Tetapi engkau, hai Edom,akan dihukum oleh TUHAN; dosa-dosamu akan didedahkan.