14 Orang tua tidak lagi berkumpul di pintu gerbang kota,kaum pemuda tidak lagi bermain muzik.
15 Kegembiraan sudah lenyap dalam kehidupan kami,tarian telah berubah menjadi perkabungan.
16 Hal yang kami bangga-banggakan sudah tiada.Kini kami dihukum kerana berdosa.
17 Kami berasa amat sedih, air mata kami bercucuransehingga penglihatan kami kabur,
18 kerana Bukit Sion lengang dan terbiar,anjing hutan berkeliaran di runtuhannya.
19 Tetapi Engkau, ya TUHAN,raja selama-lamanya,Engkau memerintah sepanjang masa.
20 Mengapakah Engkau meninggalkan kami sedemikian lama?Tidakkah Engkau mahu mengingat kami lagi?