17 Kami berasa amat sedih, air mata kami bercucuransehingga penglihatan kami kabur,
18 kerana Bukit Sion lengang dan terbiar,anjing hutan berkeliaran di runtuhannya.
19 Tetapi Engkau, ya TUHAN,raja selama-lamanya,Engkau memerintah sepanjang masa.
20 Mengapakah Engkau meninggalkan kami sedemikian lama?Tidakkah Engkau mahu mengingat kami lagi?
21 Ya TUHAN, bawalah kami kembali kepada-Mu; bawalah kami balik kepada-Mu!Pulihkanlah kegemilangan kami seperti dahulu.
22 Adakah Engkau membuang kami sama sekali?Tidak terbataskah kemurkaan-Mu terhadap kami?