2 Harta warisan kami telah dirampas orang lain;orang asing sedang menduduki rumah kami.
3 Bapa kami dibunuh oleh musuh,dan kini ibu kami menjadi balu.
4 Kami terpaksa membeli air minumdan kayu untuk bahan api.
5 Kami dipaksa bekerja berat seperti binatang;kami lelah, namun tidak diberikan masa rehat.
6 Kami mengemis di Mesir dan Asyur,kami meminta makanan untuk terus hidup.
7 Nenek moyang kami berdosa, dan kini sudah tiada;tetapi kami mesti menderita, kerana dosa-dosa mereka.
8 Kami diperintah oleh orang yang sama seperti hamba,dan tiada orang yang berkuasa melepaskan kami daripada mereka.