4 Kami terpaksa membeli air minumdan kayu untuk bahan api.
5 Kami dipaksa bekerja berat seperti binatang;kami lelah, namun tidak diberikan masa rehat.
6 Kami mengemis di Mesir dan Asyur,kami meminta makanan untuk terus hidup.
7 Nenek moyang kami berdosa, dan kini sudah tiada;tetapi kami mesti menderita, kerana dosa-dosa mereka.
8 Kami diperintah oleh orang yang sama seperti hamba,dan tiada orang yang berkuasa melepaskan kami daripada mereka.
9 Pembunuh merayau-rayau di luar kota,nyawa kami terancam ketika mencari makanan.
10 Kami demam kerana kelaparan,badan kami panas seperti ketuhar.