15 sehingga mereka menakluki tanah di sebelah barat Sungai Yordan, yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada mereka. Selepas Dia memberikan keamanan kepada semua suku Israel, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah kamu sendiri, tanah yang di sebelah timur Sungai Yordan, yang diberikan oleh Musa, hamba TUHAN itu kepada kamu.”
16 Mereka berkata kepada Yosua, “Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi.
17 Kami akan taat kepada tuan sebagaimana kami sentiasa taat kepada Musa. Semoga TUHAN, Allah tuan menyertai tuan sebagaimana Dia telah menyertai Musa!
18 Setiap orang yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan tuan atau tidak taat kepada salah satu perintah tuan akan dihukum mati. Hendaklah tuan yakin dan berani!”