37 dan merebut kota itu. Mereka membunuh rajanya serta setiap orang di kota itu dan di kota-kota sekitarnya. Yosua memusnahkan kota itu sama sekali, sebagaimana yang dilakukannya terhadap kota Eglon. Tiada seorang pun dibiarkan hidup.
38 Kemudian Yosua dan tenteranya kembali ke Debir dan menyerang kota itu.
39 Dia merebut kota itu dengan rajanya dan semua kota lain yang di sekitarnya. Mereka membunuh tiap-tiap orang di situ. Yosua memperlakukan Debir dan rajanya seperti dia memperlakukan kota Hebron dan Libna, serta raja-raja di sana.
40 Yosua menakluki seluruh tanah itu. Dia mengalahkan raja-raja di kawasan perbukitan, lereng-lereng bukit di sebelah timur, kaki-kaki bukit di sebelah barat dan juga tanah-tanah kering di sebelah selatan. Dia tidak membiarkan seorang pun hidup; dia membunuh tiap-tiap orang. Itulah perintah TUHAN, Allah Israel.
41 Yosua mengalahkan daerah-daerah dari Kades-Barnea di selatan sampai ke Gaza dekat pantai, termasuk seluruh daerah Gosyen, sampai ke Gibeon di utara.
42 Yosua menaklukkan semua raja itu dan negeri-negeri mereka dengan sekaligus kerana TUHAN, Allah Israel, bertempur untuk Israel.
43 Selepas itu Yosua dan tenteranya kembali ke perkhemahan di Gilgal.