14 Musa tidak memberikan tanah kepada suku Lewi kerana menurut perintah TUHAN kepada Musa, mereka diberikan bahagian daripada korban-korban yang dibakar di atas mazbah untuk TUHAN, Allah Israel.
15 Musa telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.
16 Wilayah mereka meliputi Aroer (di tepi lembah Sungai Arnon) dan kota di tengah-tengah lembah itu, termasuk seluruh dataran tinggi di sekitar Medeba.
17 Wilayah itu meliputi Hesybon dan semua kota di dataran tinggi: Dibon, Bamot-Baal, Bet-Baal-Meon,
18 Yahas, Kedemot, Mefaat,
19 Kiryataim, Sibma, Zeret-Hasahar di atas bukit di lembah itu,
20 Bet-Peor, lereng Gunung Pisga, dan Bet-Yesimot.