10 Sekarang empat puluh lima tahun sudah berlalu sejak TUHAN berfirman kepada Musa tentang hal itu. Pada masa itu umat Israel mengembara di gurun. Sejak itu TUHAN telah menjaga saya supaya saya tetap hidup, menurut janji-Nya. Lihatlah! Sekarang saya sudah berumur lapan puluh lima tahun
11 dan masih sekuat dahulu, ketika Musa mengutus saya. Saya masih kuat untuk berperang atau melakukan apa-apa saja.
12 Oleh itu, berikanlah kawasan perbukitan itu kepada saya, tanah yang dijanjikan TUHAN kepada saya pada hari saya dan orang yang bersama-sama saya memberikan laporan. Pada masa itu tuan sendiri mendengar bahawa bangsa raksasa yang disebut Enak tinggal di kawasan itu di dalam kota-kota besar yang berkubu. Mungkin TUHAN akan menyertai saya, maka saya akan dapat mengusir mereka sebagaimana yang difirmankan TUHAN.”
13 Yosua memberkati Kaleb anak Yefune dan memberi dia kota Hebron sebagai miliknya.
14 Sampai sekarang Hebron masih dimiliki keturunan Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, kerana dia taat dan setia kepada TUHAN, Allah umat Israel.
15 Sebelum itu Hebron disebut kota milik Arba. (Arba ialah orang Enak yang paling agung.)Sekarang negeri itu aman kerana tidak ada peperangan lagi.